Negarakuku
Saya cintai negaraku
Ada negara baru ada keluarga
Ada keluarga baru ada saya
Berdiri di sini nyanyi lagu untuk mu
Kau jangan takut
Walau setiap kali aku bercakap kasar
Lagu aku macam durian yang keras berduri
Cuma tengok berani tak kau membuka
Lihat apa yang sebenar di dalamnya
Ia boleh berbau busuk ataupun berbau wangi
Cuma tengok kau ada apa macam punya lubang hidung
Polis kita dipanggil Mata
Kerana mata mereka sungguh tajam
Menjelang tahun baru mereka sangat rajin bekerja
Pegang pen tapi jarang tulis saman
Kerana mereka dahaga perlu minum teh dan juga kopi O
Nak tambah gula tak
Kalau tambah gula mulutnya manis dan akan senyum padamu
Bila kau nak pergi dia juga akan Tata (ucap selamat tinggal) padamu
Gejala ini tak perlu ubah
Tak perlu diperbaiki jua
Polis dan rakat bekerjasama
Secawan kopi jadi hubungan kita tak menjadi tawar (longgar)
Aku sangat suka
Sekurang-kurangnya takkan terima saman bila balik rumah
Bapaku tentu akan “Tulan” (marah)
Saya tentu “Kiam Kan” (kena marah)
Tiada kereta bagi aku bawa
Macam mana
Kali ini teruklah
Tiada kereta macam mana aku keluar bersuka ria
Tiada kereta macam mana aku berasmara di luar
Tiada kereta macam mana aku pergi tengok pondan
Negara ini aku sangat suka
Lima pagi ada morning call panggil aku bangun
Kadang kala beberapa buah nyanyi bersama-sama
Bila dengar bagaikan nyanyi lagu cinta
Suara berputar-putar macam nyanyi R&B
Kadang kala mereka nyanyi sampai suara lari (dari pitching)
Kadang kala mereka nyanyi sampai suara serak
Ada yang suara macam ayam jantan
Tapi bangun lebih awal daripada ayam jantan
Macam ini kami baru tahu tiba masa untuk belajar dan bekerja
Jangan salah kerajaan hanya menjaga bumiputera
Jangan salah kerajaan kita tidak dilayan dengan saksama
Ini baru dapat buktikan kita orang Cina tak takut hidup menderita
Ini baru dapat melatih kita cari jalan keluar dari dilema
Jangan rasa standard mereka ganjil sangat
Kerana sebaliknya dapat tunjuk kita hebat sangat
Anak yang tak dimanjakan baru takkan bergantung kepada orang lain
Jika tidak kenapa kau masih dapat lihat ada orang yang belum putus susu
Mereka yang sembunyi di jabatan kerajaan lebih hebat
Mereka buat apa-apa pun lambat sangat
Biarpun sampai orang yang tunggu berbaris maki “Cau Lelai”
Mood mereka masih relaks sahaja
Kadang kala ambil kuih keluar
Dia makan kuihnya
Kau terus berbaris sahaja
Biarpun kau maki “Cau Lelai” pun tak apa
Kerana pegawal sedang mimpi di sebelah
Dia takkan marah kau punya
Mereka bungkus kepala
Jalan perlahan-lahan melintas jalan
Kalau kau berlalu mesti beri laluan
Yang penting hidup dengan gembira
Yang penting hidup dengan selesa
Jangan macam orang Cina
Sibuk sepanjang masa
Begitu susah payah
Semangat macam ini mesti kita sanjungi
Kerana inilah sikap hidup mereka
Lagu ini aku hanya cakap yang baik-baik sahaja
Aku percaya kau yang Tulan (benci) aku sekarang mestilah suka
Dunia sungguh aman
Penuh dengan harapan
Tiada orang cedera
Tiada huru-hara
Kau sungguh suci
Kau sungguh anggun
Tahi berbau wangi
Tak maki-maki kasar
Kau paling berkelas tinggi
Tiap-tiap hari romantik
Dengar lagu Guang Liang Pin Guan
Tapi mereka pun dah pergi ke Taiwan
Pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina yang tamat pelajaran
Sungguh susah nak masuk universiti tempatan
Tapi kita tak perlu rasa “Tulan” (benci)
Kerana ini rancangan kerajaan yang gagah
Ia mau kita pergi ke sana sini
Keluar negeri cari harapan sendiri
Lalu menimba ilmu dan membalas negara ini
Rancangan ini begitu sempurna
Di merata-rata dunia dapat jumpa anak-anak Malaysia
Macam lari daripada malap petaka
Sungguh syoknya
2007 Tahun Lawat Malaysia
Semua budaya Cina dibawa keluar untuk publisiti
Sekolah Menengah Persendirian Cina kerajaan sedikit pun tak mau peduli
Sijil dibuang ke dalam longkang
Macamlah aku tamat persekolahan menengah pergi ke Taiwan
Menimba ilmu sedia pulang membalas negara
Berdiri di tepi jalan Taipei aku bermain gitar
Tapi mulut aku tetap bernyanyi
[credit to Ronnie Liu's blog]

0 comments:
Post a Comment